Thursday 27 January 2022

Foto-Foto Aktiviti Bisnes

 

Ruang ' mini office ' dilengkapi dgn laptop , Internet dll utk urusan bisnes


Membuka meja utk promosi jualan 
buku-buku di mana-mana tempat yg dibenarkan....


Di salah satu Restoran Di Kelapa Sawit
Kulai..

😀



Promosi buku-buku di mana-mana..!!


Alhamdulilah ..dapat membekalkan 
peralatan seperti Rekal utk sesi pembelajaran Al Quran di salah satu surau di Kulai dan juga individu perseorangan utk majlisnya.


Menyewa sebuah kedai 
di Bukit Batu pada tahun 2020..


Mengadakan promosi dan jualan
buku-buku agama di sebuah kilang


Membekalkan Al Quran atau buku-buku kepada pelanggan seperti yg dikehendaki mereka....


Kemudahan penghantaran yg dekat
memudahkan urusan penghantaran brg..


Hantar secara pos buku-buku yg dipesan
melalui online


Mengedarkan surat permohonan 
membekalkan produk buku -buku dan permohonan mengadakan promosi di mana-mana
Jab Kerajaan , kilang ,swasta , surau ,masjid,sek swasta dll...


Wakil rumah anak yatim 
menerima sumbangan buku - buku.
Sebahagian darinya daripada
Pn Ratijah
Semoga Jadi Amal Jariah
Amin...



Sumbangan buku-buku dll kepada 
salah satu Rumah Anak Yatim



Sebahagian drp promosi....


Pengiklanan bisnes...

" Moga Jadi Satu Dakwah ..Amin "


Mengumpul Katalog Buku-Buku
untuk pelanggan dll...


Bisnes Card....
Yang penting prospek boleh call ,wsp dll...


Sambil ngeteh tu , sambil-sambil bgi lah iklan mcm ni  😀
Kata org rezeki ada di mna-mna 


Sambil mempromosi Pakej Keluarga 
di sebuah kedai makan...
12.2.2022


Menerima penghantaran tikar roll untuk
kegunaan di sebuah surau di daerah Kulai.


Feb. 2022
Hantar beberapa surat ke beberapa surau , masjid , tadika dll di sekitar Kulai.


Alhamdulilah
Dpt membekalkan Al Quran seperti yg dikehendaki oleh satu Tadika 
- Al Quran disertakan waqaf dan ibtida..


Satu Skrin Projector untuk penghantaran 
bagi tujuan pembelajaran , penerangan dll..


Tak sangka ada customer minta carikan
CD Nasyid.  !


Masa zmn kerja di mna mna ,nota-notanya
aku simpan..ada no hp kwn-kwn.
Ada masa ..call lah mereka ..sambil tanya kabar dan mana tau ada order 😀...
Bila tgk nota- nota ingat masa kerja dulu !


Hari Jumaat pagi.....cutilah
Tlg-tlg team surau Lgd ...kerja cleaning !
😀😀


Kerja drp " mini office " ..htrlah sikit msg
Mana tau ada rezeki..


Salah satu buku agama yg dibeli pelanggan hari ni...
Semoga bertambah ilmu beliau..Amin



Mendptkan info Al Quran
seperti yg dikehendaki prospek...

Alhamdulilah beliau jadi order dari info wasap terkini beliau.

Aktiviti pagi 21.2.2022
santai santai dengar tip bisnes dari 
Fb Irfan


Nak dengar tip beliau klik 🖕


Hobi dan habit...suka kumpul Kad Jemputan Kawin drp sape-sape.
Terfikir dlm kad tu ada no hp mereka
Boleh jadi prospek list..


Membekalkan set rekal untuk surau





Friday 21 January 2022

Bisnes Tahun 2022 - Selepas PKP



Lesen Perniagaan Yang Terkini

Alhamdulilah !!

Setelah tamat PKP perniagaan ini disusun dan diatur semula bersesesuaian dengan keadaan semasa.

Perniagaan diubahsuai dengan motto dan matlamat berikut moga lebih bermakna di dunia dan akhirat kita.

" MARI BERDAKWAH DENGAN BUKU-BUKU AGAMA ISLAM "

Dengan tugas kita sebagai bapa,ibu,ketua komuniti ,ketua pejabat, pengurus  dan sebagainya kita boleh menjalankan usaha dakwah yg wajib ini kepada keluarga , pekerja ,komuniti dan sebagainya dengan memberikan buku-buku yg sesuai utk mereka.

Semoga usaha ini mendapat keredaan Ilahi.

Tugas berdakwah adalah satu tuntutan utk semua.

Tak dpt kita mengajar atau menyampaikan kuliah agama sekurang-kurangnya dengan menyediakan ,belikan dan berikan buku-buku yg sesuai moga dapat memberikan kebaikan kepada mereka utk dunia dan akhirat.

Secara ringkas bagi Tahun 2022 - selepas PKP produk bisnes kami seperti berikut :

1. Produk Utama - menjual dan membekalkan buku-buku asas agama Islam

Semoga selepas PKP ini , dapat kebenaran utk mengadakan promosi di kilang-kilang , pejabat kerajaan , sekolah-sekolah , masjid dan lain-lain seperti yg dirancang.Amin.

2. Menguruskan keperluan Wasiat untuk individu di bawah syarikat As Salihin.

Lebih info berkenaan Wasiat, klik link berikut

http://berwasiatlah.blogspot.com

3. Menjadi wakil jualan (Dropship) pelbagi kategori buku-buku dengan salah satu syarikat pembekal buku terkenal di Kuala Lumpur.

Lebih lanjut klik link berikut

http://semuanyabuku.com

Jika berminat dgn buku-buku yg tersenarai dlm link tersebut hubungi kami.

3. Menjual produk Minyak Urut Moden MMG.

Lebih lanjut berkenaan produk kesihatan yg popular dan sgt berguna ini sila klik link berikut

http://mmgproduk.blogspot.com

Untuk latar belakang bisnes ini sila klik

http://mdkbisprofile.blogspot.com

Lebih lanjut atau ingin buat pesanan  produk di atas sila klik pada pautan blog disebelah page ini.Klik di bhg bawah View web version !.

Mohamed

011-28684738

Tmn Lagenda Putra